Pertama sekali, Islam itu mudah dan tidak akan menyebabkan kesusahan buat umatNya.
Informasi berikut merujuk kepada petikan artikel "Ramadan Fact Sheet For Dental Care" oleh Prof. Madya Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom dan Dr. shahida Mohd Said dari Fakulti Pergigian UKM, Kuala Lumpur.
Aspek penjagaan pergigian yang DIBOLEHKAN dan TIDAK membatalkan puasa adalah seperti berikut:
1) Pembersihan gigi (Hadis Sahih Bukhari); masa terbaik untuk memberus gigi dan flos adalah ketika sebelum tidur dan selepas bersahur.
2) Penggunaan ubat kumur dan penyembur mulut selagi mana tidak ditelan dengan sengaja.
3) Suntikan (subkutaneus,intraotot dan intravena) kecuali serapan atau suntikan cecair nutrisi atau serum. Oleh itu, anastetik setempat (suntikan) ketika rawatan pergigian adalah TIDAK membatalkan puasa.
4) Cabutan gigi dengan syarat tiada yang ditelan dengan sengaja (Rujuk Resolusi dan Cadangan oleh Lembaga Akademi Fikah Islam 1985-2000)
5) Pemeriksaan dan rawatan pergigian seperti cucian ("scaling") dan tampalan - selagi tiada yang ditelan dengan sengaja
Namun begitu, pengambilan ubatan melalui mulut seperti penahan sakit dan antibiotik adalah MEMBATALKAN puasa. Doktor gigi akan membantu pesakit dalam merancang waktu dan pengambilan dos ubatan di luar waktu berpuasa.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh itu, terpulang kepada individu sama ada lebih yakin dan selesa untuk mendapatkan rawatan pergigian ketika berpuasa ataupun setelah berbuka.
Bagi kami di Kinik Pergigian Noorazlina, kami memberikan pilihan waktu rawatan seperti berikut sepanjang bulan Ramadhan :
Isnin - Sabtu : 9 pagi hingga 5 petang dan 8.30 malam hingga 10.00 malam
Ahad : 9 pagi hingga 2 petang
Di samping itu, di sini kami juga ingin berkongsi ilmu melalui doa yang insyaAllah dapat mengurangkan kesakitan gigi sementara mendapatkan rawatan gigi :
Selamat Berpuasa dan semoga kita sama-sama mendapatkan keberkatan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini..insyaAlah..
"Healthy teeth for healthy smile and healthy life"
No comments:
Post a Comment